Tuesday, December 22, 2009

[RUANGAN PETUA]

Masalah kulit muka yang tidak sekata

Petua 1
Ambil sebiji putih telur,1/4 cawan teh madu lebah segar,minyak zaitun 1/4 sudu teh,sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya).Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan lima biji badam(kupas kulitnya).Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bias.Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Petua 2
Ambil beras 1/2 kilogram,tiga biji limau nipis(ambil airnya).Beras dibasuh bersih dan toskan.Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis.Goreng kering tanpa minyak dengan api yang perlahan.Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak.Bancuh dengan air tapiskan secukup rasa(pekatkan macam tepung untuk menggoreng pisang).Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

Petua 3
Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari.Amalkan tiga hingga lima kali seminggu



Masalah kedut dan geleber

Petua 4
Ambil 10 liter air dicampur dengan 500 gram daun teh(terbaik jika dapat menggunakan ‘white tea’ jenis daun teh cina yang tidak diproses peram).Campur dengan 300 gram gambir.Rebus sehingga air tinggal separuh.Embunkan semalaman selama tiga malam berturut-turut.Sebelum matahari terbit,sapukan pada kulit muka dan leher.Lakukan setiap pagi dan lihatlah hasilnya.

Petua 5
Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari.Bersihkan dan kisar halus,campurkan segelas air.Ramuan dibahagi dua untuk dua kali minum.Campur madu dari kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

Petua 6
Daun katuk atau cekur manis 10 lebar dikisar lumat.Campurkan dengan setengah cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam.Ratakan paada wajah dan biarkan 10 minit dan bilas bersih.Lakukan setiap malam.

Petua 7
Campurkan sebiji kuning telur dengan atu sudu teh minyak bijan.Sapu pada wajah.Biarkan kering dadn bilas bersih.

Petua 8
Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja.Jika kulit anda jenis kering,kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air.Guna kapas dan lumur perlahan lahan sehingga lima minit.Biarkan kering dan bilas.Lihat perubahan pada kulit muka anda.


:Moga-moga apa yng anda amalkan diberkati dan diredhai oleh-Nya..Selamat Mencuba..:

1 comment: